BE MUHAMMAD – JADILAH SEPERTI MUHAMMAD

Apakah tujuan kita hidup di dunia ini? Apakah matlamat kehidupan kita? Sebagai orang Islam, pastinya kita sangat faham dan tahu jawapan kepada soalan ini. Semua kita mahu mencapai kejayaan di dunia demi mencapai kejayaan yang hakiki iaitu berjaya masuk ke dalam Syurga terus tanpa perlu dibersihkan di dalam neraka.

Mencari RASA!
Dalam mencapai kejayaan di dunia, kita sebenarnya mencari rasa. Kita mahu rasa gembira, kita mahu rasa merdeka, kita mahu rasa berkuasa, kita mahu rasa mempunyai keupayaan membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Tetapi malangnya ramai di antara kita mendapat RASA susah, RASA gelisah, RASA tidak cukup, RASA tidak gembira malah, RASA gagal! Ini sebenarnya AZAB yang diperoleh akibat tindakan kita yang tidak mengikuti perintah Allah dan Rasul-NYA!

“Timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat serta laut dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk mereka supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Ar-Ruum: 41)

Yang dicari seluruh manusia ialah formula untuk mencapai kejayaan demi mencapai RASA kebahagiaan. Alhamdulillah, Allah telah memberikan kita panduan yang sangat lengkap melalui Al Quran dan Sunnah kekasihNYA Nabi tercinta kita Muhammad saw.

Nabi Muhammad saw MODEL CONTOH Untuk Menjadi Manusia Terbaik!

Allah berfirman: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah.” (Al-Ahzab: 21)

Firman Allah ini dengan jelas menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah saw adalah contoh ikutan terbaik untuk kita bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain, Rasulullah saw adalah ‘role model’ bagi kita umat Islam.

Pada diri Rasulullah itu terletak contoh pemimpin yang baik, contoh bapa yang baik, contoh suami yang baik, contoh jiran yang baik, contoh peniaga yang baik, contoh sahabat yang baik dan banyak lagi. Pendek kata, kita selaku umat Islam tidak perlu mencari-cari peribadi atau tokoh-tokoh lain untuk dicontohi dan diikuti selain daripada Rasulullah saw. Umat Islam telah pun dibekalkan dengan contoh keperibadian yang terbaik merangkumi segenap aspek iaitu Nabi Muhammad.

Bagi memudahkan pemahaman, pencipta sesuatu barang akan lebih mengetahui bagaimanakah barang tersebut boleh berfungsi dengan baik. Contohnya pencipta iPhone pastinya lebih mahir tentang produk mereka dan biasanya akan memberikan manual atau panduan bagaimana untuk menggunakan iphone secara efektif dan optimum.

Maka Allah sebagai pencipta manusia dan seluruh alam pastinya lebih mengetahui bagaimana manusia itu dapat berfungsi dengan baik. Allah telah pun menyediakan manual untuk manusia ikuti dengan panduan yang diberikan melalui Al Quran dan Sunnah Rasul terakhirnya sebagai panduan lengkap yang wajib diikuti oleh manusia yang mahukan kejayaan di dua dunia!

Kenapa Umat Islam Hari Ini Hina dan Lemah?

Hairan bin Ajaib. Walaupun kita sering mendengar dan diajar tentang manual yang disediakan oleh Allah untuk kita ikuti, kenapa umat Islam hari ini semakin hari menjadi semakin hina dan lemah? Sekolah agama beratus ribu, yang menghafal Al-Quran berjuta dengan penuh ilmu Sunnahnya. Ceramah agama kini menjadi kebiasaan dan ramai yang sudah berusaha untuk menjadi Islam yang baik.

Tetapi kenapa kita tidak menjadi hebat seperti Muhammad saw? Mengapa kita tidak seperti para sahabat Rasulullah saw yang sangat kaya dan sangat berjaya?

Kami mendapat jawapan ini melalui perkongsian Dr Hj Khiyai Sifu Suhami yang merupakan pengasas kumpulan OTAI. Beliau berkata banyak yang kita lakukan sebenarnya sangat bertentangan dengan apa yang Nabi Muhammad saw lakukan.

Beliau berkata, Nabi saw itu
Pendakwah,
Pedagang dan
Penjihad!

Siapa di antara kita berusaha untuk mengikuti sepenuhnya menjadi Pendakwah, Pedagang dan Penjihad?
Mungkin ada yang menjadi pendakwah tetapi mereka berdakwah untuk mencari nafkah. Ada yang menjadi pedagang tetapi hanya untuk mendapat keuntungan. Ada juga mengatakan mereka penjihad tetapi mengharapkan bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan mereka.

Betapa ramai dari kita benar-benar berusaha untuk menjadi Muhammad saw sebenarnya? Muhammad saw menjadi pedagang bagi menggunakan hasilnya untuk meneruskan usaha menjadi pendakwah dan penjihad sepenuh masa.

Ramai ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama untuk mereka menghafal Al Quran dan Hadis, seolah-olah mereka mahu dijadikan seperti Jibrail, bukan untuk menjadi Muhammad! Ulama diangkat menjadi mulia bukan kerana amalannya menjadi Muhammad tetapi hanya bersandarkan tahap ketinggian ilmunya. Berapa banyak Hadis difahami dan kemahiran merungkai kitab-kitab hebat dijadikan neraca memuliakan mereka?

Bukan tujuan penulisan ini untuk menghina atau memperkecilkan mana-mana pihak. Tetapi kita wajib mengubah pemikiran dan hala tuju hidup kita. Berkata benarlah walaupun pahit untuk kita terima.
Ramai kita yang sebenarnya Islam tetapi bersikap selari seperti orang kafir! Kita tidak benar-benar beriman kepada Allah!

Ini dibuktikan dengan tindakan kita yang menentang Allah dan Rasulnya.

Allah befirman di dalan Surah Al Baqarah Ayat 1 – 10:
‘Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).’

Banyak kita Kafir yang telah ditutup hati, mata dan pendengaran! Walaupun ilmu agama yang tinggi tetapi kita kafir kerana :

Kita terima RIBA tanpa usaha untuk keluar daripadanya

Kita tidak berusaha mencontohi Muhammad sepenuhnya. Kita cuma ambil sedikit sahaja.

Kita letak kebergatungan kita bukan kepada Allah tetapi kepada pekerjaan kita.

Kita belajar agama untuk menjadi hebat di mata manusia bukan hebat di mata ALLAH sebab kita tidak mengamalkan apa yang kita tahu.

Banyak kita berdakwah umpama penyanyi yang menghibur hati tetapi tidak menjadikan kita Muhammad sejati!

Kita terima sistem kapitalis yang membunuh manusia!

Kita tidak didik anak-anak kita untuk menjadi Muhammad sejati yang mencintai saudaranya seperti mencintai diri mereka!

Kami sendiri berasakan masih berfikiran seperti golongan kafir ini! Bukan tujuan kami untuk merendahkan usaha orang lain. Tulisan ini hanya untuk membuka sisi pandang berbeza dan diharapkan boleh memandu kita untuk bertindak dengan betul dalam usaha menjadi Muhammad sejati!

‘Be Muhammad Campaign’ akan memfokus kepada usaha menyedarkan masyarakat Islam agar berusaha untuk benar-benar menjadi Muhammad sejati!

Kami ingin mengajak semua saudara seIslam kita untuk menyatu kekuatan dan bersama menjadikan diri kita dan anak-anak kita berusaha untuk menjadi Muhammad sejati.

KPI utama kita, Be Muhammad!
Pedagang!
Pendakwah!
Penjihad!

KoPPIM akan menawarkan kelas bimbingan Be Muhammad secara percuma kepada semua ahli!

Di antara modul penting adalah ilmu dan amalan berzakat disusuli dengan ilmu dan amalan solat yang betul disertai dengan pemantapan Syahadah yang akan menjadi asas penting untuk menjadi Muhammad SEJATI.
InshaAllah Malakat Mall akan dijadikan pusat latihan menjadikan kita semua Muhammad yang SEJATI!

Jom jadi ahli KoPPIM! (www.koppim.com.my/daftar

)
Jom jadi Muhammad SEJATI!
Jom berusaha mencapai Kejayaan Dua DUNIA!

Mohon doa dan sokongan semua!
Semoga Allah berkati dan mudahkan usaha kita!

#BeMuhammad
#Pendakwah #Pedagang #Penjihad
#MalakatMall
#KoPPIM

Leave a Reply