CYBERJAYA – Pemilik kedai Muslim, pelabur baharu dan pemilik produk Muslim dijemput hadir bermesyuarat khas sempena kempen BMF yang akan diadakan esok di Brainy Bunch, Cyberjaya.

Program bermula jam 1.30 hingga 5 petang itu bakal membincangkan peluang-peluang yang boleh diambil sebagai galakan pengusaha produk Muslim meningkatkan hasil jualan mereka sepanjang tahun 2020 ini.

Buat julung kalinya juga ia merupakan anjuran bersama-sama Raudhah Grocer, Koperasi Pembangunan Islam Malaysia (KoPPIM) dan Malakat Mall, Cyberjaya.

Antara yang turut serta dalam program itu nanti termasuklah Pengasas Malakat Mall, Fadzil Hashim dan Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat. Johari.

Tempat adalah terhad dan mereka yang berminat bolehlah mendaftar di:

http://bit.ly/MesyuaratPeniagaMuslim

Leave a Reply