Ramai orang di luar sana mahu menambah pelaburan namun bimbang daripada mereka menjadi mangsa penipuan sehingga duit yang disimpan hilang disebabkan penipuan ini.

Tapi jangan bimbang kerana masih ada pelaburan yang boleh menambah pelaburan selain kurang risiko dan menguntungkan untuk anda.

Ini ENAM pelaburan yang anda perlu tahu.

KoPPIM

Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad (KoPPIM) adalah koperasi yang ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk memberi peluang kepada semua ahli PPIM melebarkan rangkaian perniagaan.

KoPPIM juga mensasarkan dividen tahunan antara 8-15 peratus buat pemegang syer selain menjadi landasan utama muslim menyatukan sumber pembekalan dan pembelian.

Ia juga menjadi pelabur strategik dalam ‘Supply Chain Development’ dan menjadi pengurus dana syer dalam sektor strategik. 

Koperasi ini juga menjadikan pengguna sebagai pemilik kekayaan ekonomi dan memastikan ‘Fair Distribution Of Wealth’.

Nak labur dalam KoPPIM boleh layari https://www.koppim.com.my/

Melabur Dalam Hartanah

Tak dinafikan pelaburan hartanah adalah paling menguntungkan kalau kena caranya.

Anda boleh tengok yang nilai hartanah semakin tahun semakin tinggi.

Oleh itu, beli  hartanah ketika usia masih muda dan mulakan menyimpan untuk deposit rumah.

Pelaburan hartanah ada 3 kategori utama iaitu subsale, lelong dan dalam pembinaan (undercon).

Pelaburan Amanah Saham Berhad (ASB)

ASB antara instrumen pelaburan yang paling popular. Sekarang sudah ada ASB 2.

Malah pulangan pulangan pelaburan antara 7 hingga 8% setiap tahun.

Simpan Duit Dalam Tabung Haji

Ini adalah tempat simpanan yang baik kerana anda boleh menyimpan dan daftar nama untuk menunaikan haji sekali gus.

Kalau ada duit dalam KWSP dengan nilai minimum RM1,300, boleh terus daftar haji.

Unit Amanah Yang Beri Pulangan 

Ini adalah pelaburan untuk jangka panjang dan bagi admin, unit amanah ini adalah pelaburan anda untuk masa hadapan.

Jangan nak melabur dekat unit amanah selama setahun dua dan mengatakan ia rugi.

Carilah ejen unit amanah yang betul-betul mahir dalam hal ehwal unit amanah ini

Tak Rugi Melabur Dalam Pelaburan Emas

Emas juga merupakan pelaburan jangka panjang.

Daripada buang duit dengan membeli pelbagai jenis barangan lebih baik anda simpan dan beli emas. Itu lebih baik.

Selain itu, nasihat buat kaum hawa yang asyik membeli tudung, kasut dan alat mekap secara online, adalah lebih baik anda beli rantai atau gelang emas  untuk pelaburan.

Leave a Reply