Apabila tiba sahaja hujung bulan ramai dalam kalangan individu terpaksa mengeluh gara-gara terlebih belanja sehingga menyebabkan komitmen bulanan lain gagal dilunaskan.

Bagaimana pun, dengan melakukan amalan pengurusan kewangan yang bijak anda  mampu merancang pendapatan dengan baik.

Berikut merupakan 5 cara terbaik melakukan simpanan walapun dengan gaji yang rendah:

1. Asingkan sebahagian wang simpanan anda.

Pastikan anda mengasingkan sebahagian wang gaji anda sekurang-kurangnya 10 peratus untuk beberapa bahagian simpanan, seperti 10 peratus untuk simpanan, 10 peratus untuk insuran perlindungan diri, 10 peratus untuk hal-hal kecemasan dan 70 peratus bagi perbelanjaan bulanan.

2. Melabur

Pilih jenis pelaburan yang menguntungkan memandangkan orang kita masih tidak memiliki aset kewangan yang kukuh.

Sebagai  contoh pelaburan di Koperasi Pembangunan Islam Malaysia (KoPPIM)  yang sedang diusahakan bakal membina ekosistem ekonomi Islam yang baharu.

Hanya bermula dengan pembelian syer minima RM100 sebulan di KoPPIM, anda berpeluang menjadi landasan utama Muslim menyatukan sumber pembekalan dan pembelian.

3. Buka akaun simpanan

Anda perlu buka akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM bagi mengelakkan anda melakukan pengeluaran wang sesuka hati.

4. Jana pendapatan tambahan

Ambil peluang dengan memilih beberapa jenis perniagaan dalam talian yang boleh dijalankan sendiri.

Cara ini dapat mengurangkan risiko ditipu selain menjana pendapatan tambahan yang  anda perlukan.

5. Sedekah

Jangan terlalu berkira  kerana Allah sentiasa memberikan rezeki  melalui sumber yang tidak kita sangka, jadi bersedekahlah tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Leave a Reply