KoPPIM

Panduan Daftar Dan
Login KoPPIM

Diasaskan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM). Matlamatnya adalah untuk menyatukan kuasa pengguna Islam Malaysia dalam membina teras kekuatan ekonomi.

A- Cara Mendaftar

Langkah 1 - ISI BORANG AKAUN KoPPIM

2.  Klik pada butang ‘Syarat Kelayakan’ untuk membaca Syarat-Syarat Kelayakan Menjadi Anggota KoPPIM.

3.  Klik pada butang ‘Pendaftaran Anggota Baru’ sekiranya anda bersetuju untuk meneruskan pendaftaran.

4. Anda akan dibawa ke laman web Login KoPPIM. Klik di link ‘Pendaftaran Anggota Baru’.

5. Baca syarat dan panduan untuk mendaftar. ‘Scroll’ ke bawah untuk semak nombor kad pengenalan anggota. Isi nombor kad pengenalan anggota dan klik butang ‘Semak’.

6.  Tandakan ‘tick’ untuk bersetuju dengan Terma & Syarat.
Kemudian, klik butang Proses.

7. Lengkapkan borang permohonan secara tepat dan klik ‘Hantar’.
Dokumen yang diperlukan: Gambar salinan IC pemohon (depan & belakang)- maksimum saiz 1 Kilobyte.

Nota: Sebelum klik butang ‘Daftar’, sila pastikan anda menyimpan ‘Username’ dan ‘Password’ anda supaya tidak hilang atau lupa.

8.  Klik butang ‘Hantar’ apabila selesai

9.  Anda akan dibawa ke skrin Permohonan Berjaya. Klik pada link ‘Bayaran Online Disini.’

Nota: Harap maklum bahawa keahlian KoPPIM hanya akan diluluskan setelah:
– bayaran yuran ahli dan caruman syer RM100 diterima dan
– syarat-syarat kelayakan anggota disahkan

Langkah 2 - Bayaran KoPPIM

Bayaran Fi Pendaftaran & Caruman Syer
i) Fi Pendaftaran = RM30
ii) Caruman Modal Syer RM100

RM100 Bersamaan 1 Unit Syer.
Anggota perlu mencarum minima RM100 selepas mendaftar, untuk peroleh 1 Unit Syer.

Unit Syer dalam gandaan RM100
RM100 = 1 Unit Syer
RM200 = 2 Unit Syer, dan seterusnya.

Nota: Anggota boleh terus mencarum syer setiap bulan bagi mencapai sasaran syer RM10,000 dalam masa 10 tahun.
Sasaran pulangan dividen tahunan di antara 8% – 15%.

Cara Bayaran
1. Terdapat 3 cara membuat pembayaran fi pendaftaran dan caruman modal syer:


CARA PERTAMA

Setelah menghantar borang permohonan, anda akan dibawa ke ‘payment gateway’ Raudhah Pay. Isi maklumat pembayaran. Klik butang ‘PROCEED’ untuk melengkapkan pembayaran.

Setelah proses pembayaran lengkap, anda akan menerima notifikasi emel bertajuk : “THANK YOU – Bill #********” seperti di bawah:

ATAU

CARA KEDUA 

Bayaran melalui ‘Internet Banking’ – serahkan salinan slip pembayaran ke e-mel daftar@koppim.com.my

 

ATAU 

CARA KETIGA

Membayar fi di mesin deposit tunai – serahkan salinan slip pembayaran ke e-mel daftar@koppim.com.my

2.  Berikut adalah maklumat akaun bank KoPPIM:
NAMA AKAUN : Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad
BANK : BANK ISLAM
NOMBOR AKAUN : 12261010013350

Langkah 3 - Pengesahan Keanggotaan

1. Tempoh kelulusan dalam 7 hari bekerja dan akan dimaklumkan melalui emel berdaftar.

2.  Setelah pembayaran telah diselesaikan dan syarat-syarat kelayakan anggota telah dinilai, anda  akan menerima emel menyatakan status permohonan.
i) Berikut adalah e-mel bagi permohonan yang diluluskan:

ii) Berikut adalah e-mel bagi permohonan yang tidak berjaya:

3. Anggota hanya boleh login ke dalam sistem (www.koppim.com.my/login) setelah keanggotaan diluluskan.

B – Cara “Login” Buat Anggota Telah Berdaftar 

  1. Sila masuk ke http://www.ikoop.com.my/koppim/index.php
  2. Buat Untuk login kali pertama buat anggota yang telah berdaftar sebelum ini:
    1. ID Pengguna = Gunakan “Username” Berdaftar Sebelum ini
    2. Kata Laluan = Gunakan No Kad Pengenalan Berdaftar Sebelum ini
  3. Klik butang ‘Masuk’

4.  Tukar kata laluan anda daripada kata laluan terkini yang menggunakan nombor kad pengenalan kepada kata laluan baru yang peribadi dan unik.

5. Isi nombor kad pengenalan anda dalam kotak “kata Laluan Terkini”.

6. Isi Kata Laluan Baru – maksima 16 askara

7. Ulang taip kata laluan baru yang sama di kotak ‘Pastikan Kata Laluan Baru’

8. Tekan butang “Kemaskini” untuk menghantar kata laluan baru

9. Jika gagal untuk login, keluar ralat ‘ID Pengguna Tidak Aktif!’ seperti dalam gambar di bawah, bermaksud anda telah mendaftar sebelum ini tanpa bayaran.
Permohonan tanpa bayaran tidak dapat diproses, jadi anda perlu melengkapkan bayaran minima RM130 terlebih dahulu.

10. Pembayaran boleh dibuat dengan klik pada ‘PENDAFTARAN ANGGOTA BARU’.

11. Terdapat 3 cara permbayaran. Boleh rujuk di bahagian ‘D. CARA BAYARAN (melalui)’

C- Tambah Syer

1. Pilih menu “Penambahan Syer” di sebelah kiri.

2. Sila klik pada butang “Klik Sini Bayar Online”

3. Bil akan dibuka oleh ‘payment gateway’ RaudhahPay seperti di dalam gambar di bawah. Masukkan e-mel anda ke dalam kotak ‘Enter Your Email’ dan tekan ‘Proceed to payment’ untuk membuat pembayaran.

4. Masukkan Jumlah Syer dan simpanan. Jumlah minima setiap transaksi adalah RM100.00.

5. Pilih bank yang menjadi pilihan anda untuk membuat pembayaran.
Sila pastikan amaun dan kuantiti yang betul sebelum membayar
Klik butang ‘PROCEED’ untuk membuat pembayaran.

D – Semak Syer

1. Pilih menu “Senarai Penyata” di sebelah kiri untuk menyemak syer terkini

2. Penyata dalam senarai adalah sama ada syer, urusniaga atau kedua-duanya. Anggota boleh membuat pilihan penyata mengikut bulanan atau tahunan.

E – Kemaskini Info Akaun

1. Klik di bahagian ‘Kemaskini’ untuk kemaskini maklumat akaun anda

2. Anda hanya dibenarkan untuk mengemaskini maklumat di dalam kotak putih sahaja

3. Klik butang ‘Kemaskini’ apabila selesai

4. Skrin paparan seperti gambar rajah akan terpapar sekiranya maklumat akaun terbaru anda berjaya dikemaskini.

F – Semak Pengesahan Permohonan

1. Semakan permohonan boleh dilakukan di http://www.ikoop.com.my/koppim/index.php .  Klik di ‘PENDAFTARAN ANGGOTA BARU’.

2. Anda akan dibawa ke halaman ‘!! PERHATIAN !! PROSEDUR PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA KOPPIM“.

Skrol ke bawah sehingga jumpa kotak seperti gambar di bawah.
Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang  ‘Semak’.

3. Status permohonan keanggotaan akan tertera di bawah kotak semakan kad pengenalan.

Terima Kasih.