Perjalanan Pekerjaan Coach Fadzil
Darjah 5 – partime jual Nasi Lemak di Kantin Sekolah
Darjah 6 – Bantu Abg Ipar jual Satay selepas UPSR di Pasar Malam Merlimau, Sg Rambai, Umbai, Jasin, Muar, Jual Air Tebu Tepi Jalan
Tingkatan 1 – bekerja sebagai part time bancuh simen, kerja di kilang sarung tangan getah, jual sayur kampung di pasar malam sekitar Ampang

Tingkatan 2 – masih jual sayur kampung di pasar malam sekitar Ampang sebelum masuk asrama SMK SAAS Kajang

Tingkatan 3- 5 tinggal di Asrama mula berniaga jual maggie, amik upah basuh baju, upah beli nasi goreng Adam TomYam, jual direct selling. Selepas SRP kerja di Hilton Hotel sebagai banquet waiter for events

Selepas tamat SPM – kerja di 7eleven pada waktu malam, siang kerja di Sports Station di Lot 10. Kerja di Unit Pusat Universiti KPM, Jual barangan elektrik dengan MBF

Masuk ITM Arau Diploma In Accountancy 94

Jual kain, jual pen Jaguar, Jual Roti Bun, jual gambar, Jual Baju. Mula daftar SSM.

Tamat ITM 97 kerja sekejap dengan Ban Hin Lee Bank.
Sertai kawan bisnes jual komputer.
Belajar pasang komputer clone dan jual.
Berpisah dengan kawan, kerja dengan MNZ IT Centre mengajar IT sambil jual komputer.
Dapat offer kawan MB Fandi untuk hijrah ke London. Dia bagi duit beli ticket pergi ke London. (First time naik kapal terbang. Satu flight dengan Linda Rafar 😎)

Di London kerja jadi penghantar Surat Khabar, distribute flyers, waiter dan cleaner di Lebanese Restaurant. Kami beli company Livewire Marketing Pvt Ltd. Tapi tak sempat buat apa2.

Selepas 6 bulan balik Msia. Kerja di
NAK Sdn Bhd. Jual komputer dan software Library.

Dapat kontrak PC Lab sekolah SMK SAAS Kajang, SMK Taman Maluri semasa partner dengan Abang saya.

2001 saya join kerja Pernas Ollivetti Sdn Bhd. Belajar buat sales IT untuk projek Kerajaan. Malam saya jadi Tutor Prinsip Akaun, Jual annuiti Insurance

2002 Join NEC Computers as Sales sekejap sebelum join Formis Network.

2005 Join DELL Malaysia sebagai Sales Manager dan dapat promotion sebagai Sales Director pada 2006. Saya dan Isteri dapat Franchise Avon di Semenyih.

2008 January keluar Dell dan pergi US amik Business Coaching License with Action Coach International. Setup My Distributor sebagai project distributor untuk IT project. Diberi saham percuma untuk SI Company (My SI)

2008 – 2012 buat macam2:
1. Franchise MyNasiLemak (lebih 20 cawangan)
2. Projek Kolam Lintah
3. Projek Ikan Keli
4. Projek Lembu 150 ekor
5. Projek Ayam Kampung
6. Beli Tadika CahayaKu Gemilang
7. Salun Sara
8. Kedai Bundle
9. Buat catering
10. Buat Kedai Komputer Black Cube
11. Dapat contract sebagai service provider untuk Lenovo Malaysia
12. Beli Factoring company

2010 – Tadika di tukar ke Brainy Bunch
2013 – Drop semua bisnes lain dan fokus Brainy Bunch yang sudah cecah 38 cawangan.
2020 – lebih 40 jenis perniagaan
Tadika Brainy Bunch
Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch
Tadika Rakyat untuk B40
Raudhah City
MalakatMall
Raudhah Grocer
MyCOSEC – company secretary
Brainy People (HrDF training company)
Raudhah College di Damansara dan Bukit Merah
Belum Adventure Camp di Belum Perak
Brainy Kitchen – Central Kitchen
Bunch Oh
Jojo Shoes
2358 Fashion
Himawari Bag
Eebu – mcm Mothercare
Rahsia – butik wanita
Tahan Sports
Kuadu – gentleman boutique
Tea Amo
Casa De Madani
IT’s Thai
Teh Tarik Corner
Ayam Legend
Brainy Bones – animation company
Raudhah Pay
Hayib.com

Muslim DC.Asia
AI School
DIY Malaya
CONTENG – kedai stationeries
TGM Boutique
Petak Boutique
Raudhah DC warehouse
CF Ventures
CF Business School
MarkeThink – marketing agency
AFLIX TV

To date kita ada 1600 pekerja.

Doakan kami dapat terus berkembang demi
Membina ekosistem Ekonomi Islam untuk semua.

Coach Fadzil
Pejuang Ekonomi Islam
#CoachFadzil #MakeMuslimGreatAgain

Leave a Reply