Projek KoPPIM

Pelaburan
Berimpak Tinggi

Kenapa KoPPIM Memilih Pelaburan Pada Projek Ini?

Projek ini dimiliki oleh Encik Fadzil Hashim,
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Brainy Bunch Group.
Yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

Fadzil Hashim

CEO Brainy Bunch Group

Berpengalaman 19 tahun dalam dunia perniagaan, beliau pernah bertugas sebagai Sales Director di Dell Malaysia. Kini, beliau menjadi CEO kepada 24 Anak syarikat yang ketika ini bernilai RM200 Juta.

Pemenang Anugerah:

– SOBA Award 2017

– The Brandlaureatte 2018

– Finalist EY Enterprenuership Award

Coach Fadzil pernah menceburi bidang perniagaan IT, My Nasi Lemak dan perniagaan tadika Cahayaku Gemilang sehingga lahirnya tadika Brainy Bunch. Brainy Bunch kini telah memasuki tahun ke-11 dalam industri.

Ketika ini memiliki 103 cawangan kampus di seluruh Malaysia, 4 cawangan di Singapura, 2 cawangan di Indonesia dan 1 sekolah tajaan di Gaza. Beliau juga merupakan pengasas Brainy Bunch International School di Cyberjaya & Johor Bahru.

Beliau merupakan seorang jutawan Muslim yang telah lama berusaha keras mengubah masa depan ekonomi Muslim.

Fadzil Hashim

CEO Brainy Bunch Group

Berpengalaman 19 tahun dalam dunia perniagaan, beliau pernah bertugas sebagai Sales Director di Dell Malaysia. Kini, beliau menjadi CEO kepada 24 Anak syarikat yang ketika ini bernilai RM200 Juta.

Pemenang Anugerah:

– SOBA Award 2017

– The Brandlaureatte 2018

– Finalist EY Enterprenuership Award

Coach Fadzil pernah menceburi bidang perniagaan IT, My Nasi Lemak dan perniagaan tadika Cahayaku Gemilang sehingga lahirnya tadika Brainy Bunch. Brainy Bunch kini telah memasuki tahun ke-11 dalam industri.

Ketika ini memiliki 103 cawangan kampus di seluruh Malaysia, 4 cawangan di Singapura, 2 cawangan di Indonesia dan 1 sekolah tajaan di Gaza. Beliau juga merupakan pengasas Brainy Bunch International School di Cyberjaya & Johor Bahru.

Beliau merupakan seorang jutawan Muslim yang telah lama berusaha keras mengubah masa depan ekonomi Muslim.

Kronologi

Perjuangan

Di antara perjuangan Coach Fadzil adalah melalui seminar bersiri Ayuh Bangkit, di mana beliau memberi bimbingan coaching secara percuma sejak 2018 dengan sasaran untuk membantu 1 juta usahawan.

Hasil analisa masalah usahawan, beliau mendapati sektor peruncitan Bumiputera Muslim masih tidak berkembang kerana kita tiada akses kepada pasaran.

Masalah

Menurut beliau, kita tiada pusat beli-belah milik Muslim yang berjaya. Jadi, di antara rancangan strategik kita adalah untuk mempunyai pusat-pusat membeli-belah ataupun mall.

Isu sebenar yang melibatkan peniaga Bumiputera bukanlah persaingan dengan usahawan kaum lain. Sebaliknya ia adalah mengenai perkembangan usahawan Bumiputera itu sendiri.

Sebab itu selepas 62 tahun merdeka, komuniti Bumiputera masih ketinggalan dalam sektor ekonomi.

Kita tidak ada dalam sektor peruncitan sedangkan siapa kawal sektor peruncitan, dia akan kuasai ekonomi.

Solusi Persendirian

Melalui Siri Ayuh Bangkit 3.0 anjuran Brainy Bunch Group, tercetus idea penubuhan Malakat Mall untuk majukan sektor runcit – sebuah pusat beli-belah yang akan memasarkan produk Muslim dibuka berhampiran Raudhah City di Cyberjaya.

Beliau juga telah mulakan projek “One-Stop Grocery Centre” untuk membantu Muslim mendapatkan barangan #BMF di seluruh negeri – melalui Raudhah Grocer (dahulunya dikenali sebagai Raudhah Mart).

Walau dengan pelbagai usaha pembangunan ekonomi dijalankan, namun ia masih sukar diuar-uarkan kepada masyarakat kerana tidak ada satu platform khusus untuk berkongsi inisiatif ini bersama umum.

Perjuangan Bersama Pada Skala Global

Semuanya berubah apabila beliau dipertemukan dengan Datuk Nadzim Johan (Toqqi) Presiden PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia). Toqqi menyambut baik perjuangan ini dan menawarkan gabungan usaha melalui platform KoPPIM (Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia).

Dari gabungan ini, tercetuslah kempen sasaran dana dari 1 Juta ahli KoPPIM, dengan caruman RM100 sebulan bagi ahli KoPPIM.

Pembebasan dari sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan Riba akan digantikan dengan sistem Ekonomi yang dimiliki pengguna.

Beliau menyasarkan menyediakan peluang 1 juta pengguna Islam untuk mencapai pendapatan RM10,000 sebulan dalam tempoh 10 tahun dan memberi ruang dan peluang 100,000 usahawan mencapai nilai aset bersih RM10 Juta melalui projek berimpak tinggi:

  • 100 Malakat Mall,
  • 5,000 Raudhah Grocer dan
  • 100 Raudhah City

Kempen gerakan KoPPIM kini mendapat sokongan penuh beberapa tokoh Muslim, diantaranya:

  • Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi- Presiden PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)
  • Haji Aminuddin bin Yahaya – Pengerusi PEMBELA (Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam), juga mantan Pengerusi gabungan lebih 300 NGO-NGO Islam dan Melayu, iaitu Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
  • Datuk Che Mat Che Ali, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), dan ramai lagi.

#PejuangEkonomiIslam

Ayuh Bersama Coach Fadzil & KoPPIM Bersama
Membina Ekosistem Ekonomi Islam Yang Baru!

Sebarkan Dan Ajak Kawan-Kawan Untuk
Bersama Dalam Perjuangan Ini.

Kenapa Perlu Menyokong Kempen Ini?

Kempen ‘Buy Muslim First’ Sedang Mendapat Sokongan Meluas

Sasarkan 1 Juta Ahli KoPPIM Dalam Masa 6 Bulan

Usaha Ini Memerlukan Dana Yang Sangat Besar

Gerakan Membina Eko-sistem Baru Ekonomi Islam Harus Digerakkan Untuk Mewujudkan Asas Yang Kukuh

Sasaran 30 Billion ‘Market Share’ Dalam Tempoh 10 Tahun

Dana Syer Dalam Perniagaan Strategik Akan Membantu Perkasakan Usahawan-Usahawan Muslim

Kempen Yang Sedang Diperjuangkan Oleh KoPPIM?

KoPPIM sedang membina “Ekosistem Baru Ekonomi Islam” melalui pergerakan secara besar-besaran.

Bagaimana ia berlaku?

Dana KoPPIM ketika ini dilaburkan ke beberapa Projek Berimpak Tinggi terpilih, demi membawa manfaat besar buat ahli KoPPIM secara khusus & komuniti Muslim secara umum.

Senarai Projek Berimpak Tinggi

Raudhah
Grocer

  • Ketika ini 2 unit Raudhah Grocer (dikenali sebagai Raudhah Mart) telah beroperasi di Bangi & Cyberjaya.
  • 1,000 unit Raudhah Grocer bakal dilancarkan dalam tempoh setahun (2020-2021).
  • 10,000 unit Raudhah Grocer bakal dilancarkan dalam tempoh 10 tahun (2020-2030).
  • Buka peluang keusahawan buat 1,000 individu untuk memiliki perniagaan Raudhah Grocer setiap tahun.
  • Peluang 100,000 produk usahawan Muslim dipasarkan.

Malakat
Mall

  • Malakat Mall pertama dilancarkan 1 Mac 2020, di Cyberjaya.
  • 100 Malakat Mall akan dibuka di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun (2020-2030).

Muslim DC
(Distribution Center)

  • Syer strategik untuk kuasai pasaran runcit.

Raudhah
Pay

  • Solusi bagi usahawan online menerima & menguruskan bayaran dari pelanggan secara mudah & pantas. 
  • Menerima bayaran dari pelanggan melalui FPX (online transfer), Kad Debit & Kad Kredit.
  • Menawarkan bayaran transaksi rendah.

Hayib.com

  • Marketplace jual beli milik Muslim (seperti Shopee & Lazada).
  • Tiada bayaran dikenakan. Ahli boleh promosi produk mereka secara percuma. Hanya 5% cas untuk setiap transaksi jualan.
  • Dalam tempoh 5 bulan, pencapaian  tanpa sebarang kaedah pemasaran berbayar
    • Jumlah penjual mencapai 5,500 
    • Jumlah ahli mencapai 12,000

Raudhah
City

  • 100 projek perumahan Raudhah City dalam tempoh 10 tahun.
  • Sediakan 10,000 Rumah setiap RC bermula harga RM350K.
  • 100 RC x 10,000 Unit Rumah = 1 Juta rumah dijual tanpa pinjaman riba.

Proses Mewujudkan Ekosistem Ekonomi Islam

Inisiatif Strategi 2010-2020

Manfaat Anggota KoPPIM

Sasaran Dividen Tahunan Antara

8% – 15%

Buat Pemegang Syer

Menjadi Landasan Utama Muslim Menyatukan Sumber Pembekalan Dan Pembelian

Menjadi Pelabur Strategik Di Dalam ‘Supply Chain Development’

Menjadi Pengurus Dana Syer Dalam Sektor Strategik

Menjadikan Pengguna Sebagai Pemilik Kekayaan Ekonomi

Memastikan ‘Fair Distribution Of Wealth’

3 Manfaat Utama Diperolehi Apabila Anda Membeli Syer

1 – Anda dapat sasaran dividen pulangan yang menguntungkan
2 – Membantu usahawan Muslim
3 – Membantu perjuangan membina ekosistem ekonomi Islam yang kukuh lagi mapan.

Ayuh bersama dalam perjuangan ini. Bertindak membeli syer KoPPIM hari ini.

Tingkatkan Dan Tingkatkan
Sokongan Kepada Kempen
Buy Muslim First!

#BMF

Kita Boleh BERSATU Dalam Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM).

Jom Daftar!

KoPPIM Perlukan Dana Yang Besar Untuk Membina Eko-sistem Ekonomi Islam Yang Baru. Bermula Dengan Pembelian Syer Minima RM100 Sebulan Di Dalam KoPPIM.

Kita Wajib Bersatu Kekuatan!

Ayuh Bersama Dalam Perjuangan Ini!

#PenggunaPemilikEkonomi
Daftar Keahlian Anda