KoPPIM

Syarat Dan
Undang - Undang

Syarat dan Undang-Undang untuk menjadi sebahagian daripada penyumbang Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia(KoPPIM)

Syarat Keanggotaan

Syarat-Syarat Kelayakan Menjadi Anggota

A. KELAYAKAN

  1. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.
  2. Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada pengguna beragama Islam di Malaysia sahaja
  3. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau tidak pernah dibuang daripada mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
  4. Tidak hilang upaya dari segi mental.
  5. Tidak dibenarkan untuk mengeluarkan syer (Saham) dalam tempoh 12 bulan pertama.

B. TEMPOH KELULUSAN

  1. Bagi permohonan yang telah lengkap diisi online serta dokumen yang diberikan,kelulusan adalah dalam masa seminggu atauĀ 7 hariĀ bekerja.
  2. Sekiranya pihak KOPPIM tidak menerima apa-apa dokumen dalam masa (4 Minggu) seperti dinyatakan, permohonan tersebut akan DIHAPUSKAN tanpa dimaklumkan.

Kelayakan Menjadi Anggota

Kelayakan Menjadi Anggota

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada pengguna beragama islam.

Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:-

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mencapai umur lapan belas tahun.
  • Bermastautin atau bekerja di dalam Malaysia dan
  • Bukan seorang yang:-
    • Tidak upaya dari segi mental
    • Bankrap yang belum dilepaskan
    • Terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh berdaftar dan
    • Telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Fi masuk

Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM30.

Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh 3 (tiga) bulan selepas kematian anggota itu tidak dikenakan fi masuk.

Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.

Akuan Anggota

Seseorang yang memohon untuk menjadi anggota hendaklah mengisi suatu borang akuan (akan diberi secara online kepada anggota setelah bayaran Fi diselesaikan), dimana dia:-

  • Akan terikat dengan undang-undang kecil ini dan aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan;
  • Bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;
  • Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar ; dan
  • Tidak pernah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dalam tempoh satu tahun.

Mana-mana pemohon yang enggan mengisi akuan tersebut tidak boleh menjadi anggota.

Peroleh hak kewajipan dan liabiliti anggota

Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM100 syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil ini.