Mungkin ada di antara anda pernah terfikir ada atau tidak formula yang buatkan anda langsung tidak perlu berfikir pasal masalah duit.

Jika anda ada masalah untuk urus duit sekarang, admin nak kongsikan 5 perkara yang korang terus boleh buat untuk baiki keadaan.

Boleh cuba 5 langkah ini untuk uruskan duit dengan lebih teratur.

1. Jelas dengan matlamat kewangan

Cuba duduk sebentar dan tulis apa sebenarnya matlamat kewangan kita. Setiap orang berbeza matlamat kewangan. 

Ada yang nak pergi travel, beli rumah untuk pelaburan atau bersara awal. Tidak ada betul atau salah dalam buat matlamat kewangan. 

Matlamat kewangan akan mempengaruhi macam mana kita rancang duit. Contohnya, gol kita mahu bersara awal. Apa yang kita buat sekarang untuk capai matlamat kita ini? 

Bila kita dah tulis dan jelas dengan apa yang kita mahukan adalah keutamaan.

Tumpukan perhatian kepada top financial priority kita dan boleh juga senaraikan mengikut urutan. 

2. Rancang duit anda

Pelan kewangan  sangat penting untuk bantu kita capai matlamat kewangan yang kita mahukan.

Pelan ini  boleh jadi kita pecahkan kepada beberapa milestones.

Awalnya mungkin nampak susah namun bila dah terbiasa, kita akan rasa senang. 

Bila kita dah berjaya kurangkan hutang, kita boleh tambahkan simpanan dan juga boleh capai gol kewangan yang seterusnya. 

Adalah sangat penting untuk kita tetapkan apa yang penting bagi kita. 

Teruskan berusaha untuk dapatkan matlamat jangka panjang contohnya bersara awal dan dalam masa yang sama fokus juga pada matlamat jangka pendek. 

Matlamat ini  akan bantu anda daripada tersilap buat keputusan berdasarkan ketakutan. Dalam masa yang sama ia bantu kita untuk kawal keadaan kita sekarang. 

3. Buat dan ikut bajet yang dibuat

Bajet adalah salah satu alat untuk kawal duit keluar masuk.

Ia boleh membantu kita untuk rancang perbelanjaan kita dan juga memastikan ia dapat mencapai matlamat kewangan kita. 

Kita boleh buat bajet dengan menyenaraikan butiran khusus  asalkan ia boleh bantu kita kawal duit, bayar hutang, tambah dana kecemasan dan juga menyimpan. 

 4. Jangan culas bayar hutang

Tidak dinafikan bahawa kita memang tidak boleh lari daripada hutang. 

Ini termasuk ketika belajar di institusi pengajian tinggi (IPT)  menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehinggalah ketika kita sudah bekerja yang ditambah dengan pelbagai jenis hutang seperti hutang pinjaman kereta, rumah dan sebagainya.

Apabila anda mempunyai hutang penting buat anda untuk bayar pada tepat masa yang ditentukan.

Jika anda culas membayar hutang, maka rekod CCRIS akan buruk.

5. Cari nasihat orang lebih arif

Pujian buat anda yang mempunyai usaha untuk mengawal duit keluar masuk. 

Langkah seterusnya yang kita mungkin terfikir adalah macam mana nak mula labur duit supaya duit kita makin berkembang. Kan? 

Apa yang kita boleh buat adalah minta pandangan orang yang lebih arif contohnya financial planner. 

Financial planner yang bagus akan bagus fahamkan kita risiko pelaburan dan bantu kita untuk melabur di tempat yang betul bersesuaian dengan profil risiko kita.

 Jika tidak anda mahu membuat pelaburan dalam Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) sebagai contoh untuk menambah pelaburan dalam jangka masa panjang. 

Jangan bimbang kerana KoPPIM ini adalah koperasi yang ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk memberi peluang kepada semua ahli PPIM melebarkan rangkaian perniagaan.

KoPPIM juga mensasarkan dividen tahunan antara 8-15 peratus buat pemegang syer selain menjadi landasan utama muslim menyatukan sumber pembekalan dan pembelian.

Nak melabur dalam KoPPIM? Anda boleh layari https://www.koppim.com.my/ untuk pendaftaran.

Leave a Reply